
FBS kini 16 tahun
18 Jun 2025
Strategi
Trader baharu sering mencari alat ajaib –– indikator yang akan membantu mereka menjana keuntungan besar. Mereka mungkin bernasib baik untuk seketika. Namun, akhirnya keajaiban itu hilang. Apabila kerugian berlaku, mereka cenderung untuk berfikir sebabnya ialah mereka telah memilih indikator yang salah. Jadi, mereka akan mencari indikator lain dan perkara yang sama akan berulang kembali.
Jelas sekali, ini pendekatan yang salah. Ia berpunca daripada kefahaman yang salah tentang sifat indikator. Tiada indikator yang direka untuk mentafsir atau meramalkan pasaran dengan sempurna. Selain itu, tiada satu pun daripadanya direka untuk berkorelasi dengan indikator lain. Ia memang dicipta untuk digunakan secara bergandingan dengan indikator-indikator lain, termasuk dalam situasi bilamana ia bercanggah antara satu sama lain.
Alexander Elder ialah seorang trader yang terkenal. Beliau masyhur kerana telah menerbitkan beberapa buku panduan strategi perdagangan. Beliau mencipta strategi Triple Screen (Tiga Saringan) - pendekatan yang menggabungkan pelbagai indikator dan menapis kelemahan setiap satu daripadanya, sambil mengekalkan kekuatan yang ada. Secara ringkasnya, ia menawarkan pendekatan tiga peringkat untuk membuat keputusan perdagangan.
Pertama sekali, anda putuskan dahulu pada rangka masa mana anda mahu berdagang. Apa pun pilihan anda, anda akan perlu melihat dua lagi rangka masa lain untuk dibandingkan dengan rangka masa pilihan anda: rangka masa yang lebih besar yang memberikan konteks pasaran yang lebih meluas, dan rangka masa yang lebih kecil yang memberikan gambaran terperinci situasi semasa serta memberikan anda peluang untuk memilih titik masuk yang tepat.
Sebagai contoh, jika anda mahu berdagang secara intrahari, anda boleh memilih carta H1 sebagai medan cerapan utama, H4 untuk mendapatkan konteks pasaran yang lebih meluas dan rangka masa M15 untuk titik masuk yang spesifik. Setiap satu rangka masa akan diwakili oleh satu dari tiga penyaring (screen) yang disebutkan tadi, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Katakan anda ingin dagangkan platinum. Anda buka tiga carta: H4, H1, M15. Pada carta platinum H4 , kita perhatikan bahawa harga telah turun, kemudian memasuki kawasan pembetulan. Berdasarkan cerapan ini, kita membuat tanggapan bahawa ia akan terus naik buat seketika dalam fasa pembetulan ini. Justeru itu, idea kita adalah untuk membeli sekarang dan menjual apbila harga mencapai aras yang lebih tinggi. Sekarang, kita ingin mengesahkan cerapan kita dan menyemaknya dengan pelbagai indikator. Untuk tujuan ini, kita buka menu indikator dan memasang MACD dan Osilator Stokastik pada carta (imej di bawah menunjukkan cara melakukannya).
Kita melihat bahawa MACD telah mencapai paras terendah yang melampau di bawah garisan signal (kawasan yang dipilih pada imej di bawah). Manakala Osilator Stokastik menunjukkan garisan pantas (garisan padu) yang melintasi garisan perlahan (garisan putus-putus) dari bawah ke atas dalam zon 0-20%. Biasanya, kedua-duanya ditafsirkan sebagai petanda bahawa pasaran sudah terlebih jual dan ia adalah signal untuk membeli. Oleh itu, kita kini mendapat pengesahan daripada dua indikator bahawa tafsiran pasaran kita mungkin betul dan strategi kita mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya. Sekarang, kita teruskan ke saringan kedua
Saringan kedua berfungsi untuk mengesahkan semula cerapan yang dibuat pada skrin pertama dan menyediakan kawasan masuk yang lebih tepat. Untuk berbuat demikian, kita tambahkan RSI ke tetingkap carta. Imej di bawah menunjukkan cara memilihnya.
RSI adalah alat yang baik. Ia memberikan kita petunjuk yang agak tepat tentang kekuatan pasaran dan waktu yang selamat untuk membuka posisi. Memandangkan kita merancang untuk membeli pada trend pembetulan yang meningkat, kita akan cuba dapatkan masa yang baik untuk membuka posisi long. Pergerakan RSI melepasi 30% menunjukkan saat tersebut kepada kita. Pada carta H1 platinum, kita melihat bahawa ia telah melepasi aras terlebih jual. Ini bermakna dorongan bullish pasaran agak kuat. Sekarang, kita teruskan ke saringan ketiga bagi memilih aras untuk membuka posisi long.
Saringan ketiga tidak semestinya memerlukan sebarang indikator. Pada carta platinum M15, kita melihat dengan terperinci gelombang yang ditunjukkan sebagai zon masuk pada carta sebelum ini. Kini, kita hanya mahu mengesahkan semula bahawa tidak akan ada penyongsangan ke bawah secara tiba-tiba yang akan membatalkan andaian pembetulan pasaran kita. Kita tunggu harga naik ke sebelah atas aras yang ditunjukkan bersama dengan Purata Bergerak 50 tempoh (MA-50). Itu signal beli kita. Kita boleh membuka posisi long sejurus selepas candlestick pertama ditutup di atas garisan rintangan, meletakkan renti rugi di bahagian bawah candlestickposisi long sebelumnya ke bawah.
Contoh yang kita lihat tadi memberikan strategi untuk uptrend tempatan yang menyusuli suatu downtrend besar. Kita cuba untuk "menumpang arus": di pasaran yang sedang menurun, kita beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi di setiap peringkat. Senario sebaliknya juga akan berfungsi untuk pasaran yang semakin meningkat.
Trader mungkin bertanya: bagaimana pula jika harga berkelakuan berbeza daripada apa yang kita ramalkan?
Jawapan kami ialah: tiada metodologi perdagangan yang sempurna. Jika seorang trader ingin menggunakan pendekatan ini, adalah menjadi kewajipan mereka untuk menyempurnakannya dan dapat mengenal pasti situasi di mana ia boleh digunakan. Sebaliknya, trader juga mesti memahami senario yang tepat di mana strategi perdagangan ini tidak boleh digunakan. Idea strategi ini mudah: gunakan beberapa penapis untuk membuat keputusan anda dan gunakan pelbagai indikator semasa membuka urusniaga anda.
Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.