
FBS kini 16 tahun
25 Jun 2025
Kisah trader
"Permainan itu mengajar saya cara bermain permainan itu sendiri. Dan ia tidak memberi muka langsung kepada saya semasa ia sedang mengajar.” Petikan terkenal daripada Jesse Livermore ini telah disampaikan kepada ramai trader sebagai satu sumber inspirasi dan kata-kata hikmah yang menjadi pedoman dalam trading. Tetapi apakah maksudnya yang sebenar? Apa kaitannya dengan trading? Inilah yang anda akan ketahui dalam artikel ini.
Jesse Livermore ialah seorang trader saham yang terkenal dan juga legenda kewangan yang masyhur kerana berjaya mendominasi pasaran saham AS pada sepertiga pertama abad ke-20. Dia memulakan perjalanan tradingnya ketika dia berusia hanya 14 tahun, dan pada usia 15 tahun, dia telah mencatatkan keuntungan pertamanya sebanyak $3.12. Selepas itu, trading telah menjadi pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya.
Tanpa sebarang pendidikan formal dan hanya menggunakan dananya sendiri untuk trade, Livermore berjaya membina kekayaannya bermula daripada sifar. Lumrahnya, dia juga mengalami kerugian, dan lebih daripada sekali, tapi dia sentiasa berjaya membina semula modalnya walaupun setelah mengalami kerugian yang melampau.
Pada kemuncak kerjaya tradingnya pada tahun 1929, Jesse Livermore telah memperoleh $100 juta dalam hanya satu hari, yang bernilai $1.5 bilion dalam dolar hari ini. Memandangkan Livermore telah mencapai kejayaan besar ini dengan wangnya sendiri pada permulaan era The Great Depression, mudah untuk kita fahami mengapa dia dijuluk sebagai salah seorang trader terhebat sepanjang zaman.
Sebagai seorang trader yang rajin dan berwawasan, Livermore tahu dengan tepat posisi yang perlu dibuka dan bilakah masanya untuk dia mengambil keuntungannya. Dia digelar sebagai "The Bear of Wall Street" kerana kebolehannya yang luar biasa dalam meramalkan kejatuhan pasaran. Livermore lebih suka berpegang teguh pada strategi trading mengikut trend, trading long semasa pasaran menaik dan membuka posisi short apabila trend berubah.
Jesse Livermore menyimpan jurnal perdagangan di mana dia menuliskan semua pengalamannya. Beliau trader pertama yang memberi perhatian pada cara-cara keadaan pasaran mempengaruhi harga saham dan mengkaji cara meramalkan pergerakan pasaran. Seterusnya, dia kongsikan teknik trading dan pemerhatiannya tentang pasaran kepada orang ramai. Tindakan beliau itu telah banyak mempengaruhi cara para trader membina strategi mereka selama beberapa dekad yang seterusnya.
Jesse Livermore pernah berkata: "Seorang manusia memerlukan masa yang lama untuk belajar daripada semua pengajaran dari kesilapan-kesilapannya. Mereka mengatakan bahawa segala-galanya boleh dilihat dari dua sisi yang berbeza. Tetapi dalam pasaran saham hanya ada satu sisi, dan ia bukan sisi bull atau sisi bear, tetapi sisi yang betul.”
Jesse Livermore telah mencipta nama besar sebagai trader, tetapi ia bukan percuma. Beliau mengambil masa yang lama untuk memahami cara pasaran berfungsi, dan malah masa yang lebih banyak daripada itu untuk menajamkan kemahirannya dan membina pelan trading yang kukuh. Walaupun begitu, dia tetap mengalami beberapa kerugian yang besar apabila dia memilih untuk menyimpang dari pelan tradingnya, dengan membuat kesilapan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Namun begitu, ia tidak menghalangnya daripada terus mencuba lagi dan lagi, dengan memperhalusi kemahirannya secara beransur-ansur dan menyempurnakan pelan perdagangannya. Pada zaman Jesse Livermore, tiada buku teks trading, tiada pelajaran percuma, dan tiada analisis komprehensif yang tersedia untuk semua orang dalam masa beberapa saat. Jesse Livermore terpaksa mempelajari semua yang dia tahu melalui cara yang sukar — melalui latihan.
"Saya belajar cara bermain daripada permainan itu sendiri," kata Livermore, dan baginya, ia adalah satu kebenaran yang hakiki. Hanya dengan melalui latihan, beliau telah memperoleh pengalaman trading yang membolehkannya melakukan urusniaga terbesar dalam hidupnya. Hanya dengan bermain permainan itu, mempelajari selok-beloknya, dan merungkai sendiri peraturannya dia telah berjaya sampai ke tahap di mana dia berada sekarang. Pengalaman adalah kunci dalam trading, dan kehidupan Jesse Livermore adalah bukti yang nyata akan perkara itu.
Pengalaman memainkan peranan yang penting dalam trading. Membuat pelan trading, menganalisis pasaran, dan membuka serta menutup posisi memerlukan pengetahuan yang sukar untuk diperoleh tanpa latihan.
Sudah tentu, terdapat cara untuk mempelajari asas teori trading, tetapi menerapkan maklumat ini dalam amalan trading itu sendiri merupakan suatu cabaran. Trading dalam kehidupan sebenar adalah pantas dan lebih stres berbanding dari apa yang diterangkan di dalam buku teks atau tutorial dalam talian, jadi amat mudah untuk kehilangan arah bila berhadapan dengan carta yang sentiasa bergerak. Pengalaman bekerja dalam keadaan ini adalah penting untuk menjadi trader yang berjaya.
Satu lagi perkara yang jarang dibincangkan oleh sesiapa ialah tentang membuat kesilapan. Kesilapan selalunya amat sukar untuk diterima, dan kesilapan yang menyebabkan kerugian dalam trading mungkin terasa seperti dunia ini sudah kiamat. Namun, apa yang anda lakukan untuk menangani akibat daripada kesilapan ini dan kesimpulan yang anda buat daripada kegagalan ini menyumbang kepada pengalaman trading anda. Mempelajari tentang perkara-perkara ini selepas anda membuat kesilapan boleh membantu anda mengelakkan ia daripada terjadi lagi pada masa hadapan dan mengukuhkan strategi trading semasa anda.
Selain itu, mempunyai lebih banyak pengalaman trading akan membantu anda berasa lebih yakin dan membuat keputusan dengan lebih termaklum. Ia menggalakkan anda untuk lebih yakin dengan tindakan anda dan lebih mempercayai naluri anda dan itu adalah kemahiran yang sangat penting untuk para trader. Kemungkinan untuk anda berasa panik dalam situasi yang tertekan juga berkurangan dan anda akan berupaya untuk mencari jalan keluar dengan lebih mudah.
Jadi bagaimana cara untuk anda menimba pengalaman dalam trading? Ada lebih daripada satu cara yang betul untuk melakukannya. Adalah lebih baik untuk membina pengalaman trading anda daripada pelbagai sumber dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan pemahaman anda tentang pasaran dan kemahiran trading.
Buku sentiasa menjadi sumber pengetahuan yang efektif dan paling dikenali. Ramai trader legenda telah menulis buku tentang pengalaman mereka dalam pasaran kewangan, yang mengandungi banyak petua tentang cara-cara untuk menjadi seorang trader profesional. Malah Jesse Livermore sendiri menulis sebuah buku bertajuk How to Trade In Stocks, di mana beliau menjelaskan sistemnya dan berkongsi peraturan trading beliau yang berkeberhasilan tinggi. Beberapa buku lain yang terkenal untuk pemula termasuklah The Intelligent Investor oleh Benjamin Graham dan Technical Analysis of the Financial Markets oleh John Murphy.
Trader yang berpengalaman sentiasa ada nasihat yang baik untuk dikongsi, jadi mengikuti petua dan strategi mereka adalah sangat membantu untuk para pemula. Pada masa ini, ramai trader yang berpengalaman merakamkan kejayaan mereka di blog dan saluran YouTube mereka, menyediakan live stream, dan memberikan tutorial cara-cara untuk trader baharu mempertingkatkan strategi mereka. Kemungkinan tidak terbatas - anda boleh mencari seseorang untuk diikuti dengan mudah apabila anda baru bermula.
Sebelum mereka mula trade secara live, pemula boleh mendapat manfaat dengan membuka akaun Demo. Akaun demo ialah persekitaran simulasi trading yang membolehkan trader baharu mempraktikkan kemahiran mereka dengan trade menggunakan wang maya. Ini memberi mereka peluang yang baik untuk membiasakan diri dengan platform trading, menguji strategi trading, membiasakan diri dengan pasaran, dan menjadi lebih yakin dengan kemahiran mereka.
Seorang mentor adalah seseorang yang boleh membimbing anda menempuh beberapa urusniaga pertama anda (atau lebih banyak urusniaga selepas itu), mengurangkan kebimbangan anda, dan membantu anda mengelakkan daripada membuat kesilapan yang tidak boleh diperbaiki. Mereka mempunyai banyak pengalaman dalam trading dan bersedia untuk membantu pemula memahami selok belok dunia trading. Trading agak sukar, terutamanya apabila anda baru bermula, jadi mempunyai seseorang yang boleh berkongsi pengetahuan mereka dengan anda boleh membantu anda memperoleh pengalaman yang berharga dengan lebih cepat.
Menyimpan jurnal trading yang merakamkan rekod urusniaga anda adalah satu tabiat yang sangat berguna, malah ia turut diamalkan oleh para trader profesional. Anda perlu menuliskan setiap butiran penting tentang urusniaga anda:
Titik masuk dan keluar
Masa
Aras sokongan dan rintangan
Pembukaan dan penutupan pasaran harian
Maklumat ini boleh membantu anda mendapatkan pemahaman tentang perkara yang menyumbang kepada kejayaan atau kerugian anda, memahami perkara yang anda lakukan samada ia betul atau salah, dan belajar daripada pengalaman anda.
Sudah tentu anda tidak boleh memperoleh pengalaman berharga sebenar tanpa mengambil bahagian secara aktif dalam trading. Jika anda berasa gementar pada mulanya, cuba mulakan dengan beberapa urusniaga yang kecil dan jangan risikokan keseluruhan akaun trading anda. Sebaik sahaja anda berasa selesa, anda boleh menambah modal urusniaga anda. Dan jangan lupa untuk menyesuaikan strategi trading anda jika sesuatu berlaku tidak kena. Inilah gunanya semua pengalaman yang telah anda perolehi selama ini.
Laluan yang ditempuh seorang trader adalah laluan yang sukar. Terdapat beberapa halangan yang perlu anda atasi jika anda ingin membina kerjaya dalam trading. Perkara yang paling penting untuk dilakukan semasa anda baru mula trading adalah untuk mendapatkan pengalaman. Pengalaman dalam trading boleh membantu anda berasa lebih yakin dengan keputusan anda, menghindari kesilapan, dan membina strategi yang lebih berjaya yang boleh membantu anda mencapai kekayaan.
Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.