
Indikator DeMarker telah dicipta dan diperjelaskan oleh Thomas DeMark.
Prinsip asasnya adalah seperti berikut: paras tertinggi intrahari pada hari semasa dibandingkan dengan paras tertinggi intrahari pada hari sebelumnya. Jika paras maksimum intrahari pada hari semasa adalah lebih tinggi, perbezaannya dicatatkan. Nilai sifar direkodkan jika paras maksimum intrahari kurang daripada atau sama dengan paras maksimum intrahari hari sebelumnya. Kemudian perbezaan-perbezaan yang diperoleh dengan cara ini dijumlahkan. Nilai ini menjadi pengangka (numerator) bagi indikator ini, yang dibahagikan dengan nilai yang sama dan jumlah perbezaan antara harga minimum hari sebelumnya dan hari semasa.
Apabila indikator ini berada di bawah paras yang lebih rendah – harga mungkin menyongsang KE ATAS. Apabila indikator berada di atas paras yang lebih tinggi – harga mungkin menyongsang KE BAWAH.
Setup Untuk Strategi
Instrumen: apa sahaja
Indikator: DeMarker, Parabolic SAR
Tetapan: ubah aras DeMarker kepada 0.2 dan 0.8.
Rangka masa: >30M
Peraturan untuk entri long
Tunggu sehingga garisan DeMarker menembusi garisan BAWAH dan kembali semula ke zon kerjanya.
Parabolic SAR dijangka akan mula meningkat, atau sekurang-kurangnya membentuk poin terakhir trend bearish.