Spread tetap dan terapung
Seperti yang anda ketahui, spread boleh berbentuk malar (tetap) atau fleksibel (terapung).
Spread malar kekal sama walaupun keadaan pasaran berubah-ubah. Ini boleh menjadi satu kelebihan dalam pasaran yang meruap atau jika trader baru sahaja mula berkecimpung dalam trading kerana kos transaksi kekal sama dan tidak ada risiko untuk spread melebihi keuntungan. Bagaimanapun, spread malar boleh mengalami requote (harga disemak dan anda diberikan harga baharu) di luar jangkaan tanpa notis, di mana jika situasi ini berlaku, ia boleh menjejaskan urusniaga anda.
Spread terapung pula akan dilaraskan mengikut perubahan keadaan pasaran. Ia boleh mengecil semasa tidak banyak aksi yang berlaku di pasaran dan melebar semasa kemeruapan semakin tinggi. Spread terapung bergantung pada tahap bekalan dan permintaan matawang, jadi apabila anda menjangkakan banyak aksi akan berlaku di pasaran (contohnya, selepas penyiaran data ekonomi atau acara/peristiwa utama lain), anda harus bersedia untuk spread yang lebih besar. Trading dengan spread yang meruap boleh mendatangkan risiko yang tinggi untuk trader baharu kerana kos transaksi boleh mengatasi keuntungan keseluruhan urusniaga trading dengan mudah. Namun, ini memberikan lebih ketelusan untuk trading dan ia membolehkan anda melihat apa sebenarnya yang anda bayar.
Cara untuk trade dengan spread yang rendah
Bagi para trader, adalah lebih menguntungkan untuk mereka trade semasa spread sedang tipis. Lebih sedikit wang yang dibelanjakan untuk kos transaksi, lebih banyak wang yang anda boleh laburkan dalam urusniaga anda, serta meningkatkan keuntungan keseluruhan anda.
Sebab utama di sebalik spread yang ketat adalah kecairan yang tinggi. Apabila volum urusniaga melonjak di pasaran, spread secara umumnya akan kekal sangat tipis. Jika suatu pasangan Forex sangat popular dalam kalangan trader, lebih mudah bagi mereka untuk membeli dan menjualnya, serta menukarkan pembelian mereka menjadi keuntungan. Lebih banyak pasangan matawang didagangkan, lebih banyak spread yang diterima oleh broker. Tetapi jika trading berjalan dengan tidak rancak dan kecairan juga rendah, broker tidak akan mendapat pulangan yang banyak jika mereka membiarkan spread terus tipis, inilah yang akan menyebabkan jumlah spread yang perlu dibayar oleh trader meningkat.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kecairan yang tinggi di pasaran:
Masa dalam sehari. Pasaran Forex dibuka 24 jam pada hari bekerja, ini bermaksud anda boleh terus berurusniaga pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat keterbatasan tertentu apabila ia melibatkan perdagangan matawang, suatu yang tidak diambil kira ke dalam pertimbangan oleh ramai orang. Sebagai contoh, pasaran Forex Eropah dan Asia menjadi aktif semasa waktu perniagaan standard di zon masa masing-masing, dan tidak bertindih. Ini bermakna, katakan anda sedang trade yen Jepun semasa pasaran Forex telah beralih ke sesi perdagangan Eropah, anda tidak akan melihat kecairan yang tinggi, bermakna spread untuk JPYUSD akan menjadi jauh lebih tinggi berbanding pasangan matawang yang mengandungi Euro.
Kemeruapan. Apabila pasaran meruap, kadar pertukaran boleh berubah-ubah secara rawak juga. Disebabkan ini, spread mungkin akan menjadi lebih lebar untuk mengimbangi ketidakstabilan di pasaran dan untuk memadankan tahap bekalan dan permintaan yang sentiasa berubah-ubah. Inilah sebabnya trading sangat mencabar bagi trader yang cuba untuk mengurangkan kos transaksi semasa trading dalam pasaran yang meruap.
Peristiwa politik dan acara ekonomi. Peristiwa politik dan acara ekonomi boleh mempengaruhi kekuatan sesuatu matawang, menarik minat trader atau menjauhkan mereka daripada pasaran. Ia juga boleh menyebabkan kemeruapan sementara pada pasaran, suatu yang mampu mendorong spread naik lebih tinggi.
Kadangkala, broker juga boleh mengurangkan spread mereka sebagai satu tawaran promosi bagi menggalakkan trader untuk lebih aktif di pasaran. Apabila ini berlaku, anda berpeluang untuk memanfaatkan spread yang rendah tanpa perlu risau tentang kemeruapan atau kecairan yang tinggi.