FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

06 Jun 2025

Asas

Brent dan WTI: Di Mana Perbezaannya

Brent dan WTI: Di Mana Perbezaannya

Apabila anda membaca atau mendengar berita tentang pasaran minyak, anda akan menemui dua perkataan misteri: Brent dan WTI (West Texas Intermediate). Mungkin anda sudah tahu bahawa mereka adalah dua penanda aras minyak utama. Tetapi adakah anda tahu apakah perbezaan antara keduanya dan mengapa harga mereka berbeza?

Mari kita mulakan dengan asasnya. Terdapat banyak gred dan jenis minyak di serata dunia. Namun, hanya tiga gred minyak mentah yang telah menjadi penanda aras minyak: Brent, WTI, dan Dubai Crude. Kita akan bincangkan tentang Brent dan WTI di sini. Dua gred minyak ini adalah yang paling kerap digunakan kerana mereka sesuai untuk ditapis menjadi petrol.

Mengapa penanda aras ini dicipta?

Ia berlaku pada penghujung tahun 1980-an apabila OPEC (Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum) enggan mengawal harga, membuatkan harga bergantung pada sentimen trader. Untuk menetapkan harga yang sesuai, pengeksport memerlukan titik orientasi. Brent dan WTI telah dicipta untuk tujuan tersebut. Jadi, pada masa kini, setiap pengeluar minyak menetapkan harga untuk minyak yang mereka hasilkan berdasarkan sejauh mana ia menyerupai minyak penanda aras.

Jika anda berfikir bahawa Brent atau WTI bermaksud hanya salah satu daripada gred-gred minyak yang ada, anda salah! Ia nama lazim bagi pelbagai gred yang memiliki ciri-ciri yang sama.

Jom kita lihat ciri-ciri ini dengan lebih dekat

  • Yang pertama adalah lokasi.

Brent adalah penanda aras untuk pasaran Eropah dan Asia. Penanda aras ini terdiri daripada lebih daripada 15 gred minyak yang dihasilkan di blok pentas benua Norway dan Scotland di Brent, Ekofisk, Oseberg, dan Forties.

WTI adalah penanda aras untuk Hemisfera Barat. Ia diperoleh daripada medan minyak AS, terutamanya di Texas, Louisiana, dan North Dakota.

  • Ciri yang kedua ialah komposisi kimia.

Tidak ada dua gred minyak yang benar-benar sama, setiap satunya unik. Malah, gred yang termasuk dalam Brent atau WTI mempunyai sifat dan komposisi yang berbeza.

Brent adalah sejenis minyak ringan yang rendah sulfur. WTI adalah gred minyak yang lebih padat. Kualiti WTI lebih baik daripada Brent.

Brent, WTI, dan Dubai Crude

Mengapa Brent dan WTI mempunyai harga yang berbeza?

Sejak pertengahan 80-an, WTI dan Brent telah didagangkan pada harga yang hampir sama. Ada kalanya WTI lebih mahal daripada Brent, tetapi kini, Brent lebih berharga. Perbezaan harga berbeza antara keduanya adalah kira-kira $10-$20 setong.

Harga bergantung, sebahagian besarnya, pada kos pengeluaran dan penghantaran.

Brent dihasilkan berhampiran laut, jadi kos pengangkutan ketara lebih rendah. Sebaliknya, WTI dihasilkan di kawasan daratan. Akibatnya, terdapat masalah infrastruktur yang menyukarkan usaha membawa lonjakan pengeluaran Amerika Utara ke pasaran dan kesannya, kos pengangkutan menjadi lebih tinggi.

Satu lagi faktor yang penting ialah ketidakstabilan geopolitik. Ketegangan di Timur Tengah amat mempengaruhi harga minyak — terutamanya Brent. Ketegangan membawa kepada penurunan bekalan. Apabila bekalan mana-mana aset berkurangan, harga akan meningkat. West Texas Intermediate kurang terjejas kerana ia dihasilkan di kawasan daratan di Amerika Syarikat.

Harga WTI dibentuk oleh inventori minyak mentah. Sebaik sahaja tahap simpanan dalam inventori meningkat, WTI turun. Jika inventori menyusut, harga WTI naik. Sekali lagi, terdapat isu bekalan yang sudah disebutkan sebelum ini.

Seperti yang anda boleh lihat, penanda aras utama dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berbeza. Namun, trendnya kebanyakannya serupa. Jika Brent naik, WTI juga berkebarangkalian tinggi akan naik.

Kesimpulan

Brent dan WTI akan kekal menjadi penanda aras minyak yang andal (reliable). Jika anda mahu trade di pasaran minyak, pilih salah satu daripada dua ini. Walau bagaimanapun, apabila memilih salah satu penanda aras tersebut, ingatlah faktor-faktor yang mempengaruhi harga mereka. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meramalkan harganya pada masa depan dengan lebih tepat dan trading anda akan lebih menguntungkan.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.