FBS kini 16 tahun
13 Jun 2025
Strategi
Ini adalah strategi perdagangan yang berlandaskan trend. Ia membolehkan trader menentukan trend dan memilih titik masuk. Purata Bergerak (Moving Average, MA) jangka panjang digunakan untuk mengesahkan arah umum pasaran, dan MA jangka pendek digunakan untuk menyerlahkan lokasi yang sesuai untuk membuka posisi.
Purata Bergerak Jangka Panjang: 365 tempoh dan 150 tempoh, kedua-duanya jenis eksponen.
Purata Bergerak Jangka Pendek: 26 tempoh dan 6 tempoh, kedua-duanya jenis eksponen.
Di bawah anda boleh lihat lokasi anda boleh memilih indikator Purata Bergerak dalam menu MetaTrader.
Klik kanan pada garisan Moving Average dan pilih menu Properties untuk menetapkan kaedah eksponen yang diperlukan, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Harian (Daily), H4, dan H1 adalah yang paling sesuai untuk strategi ini.
Anda boleh dagangkan mana-mana matawang, saham atau komoditi dengan menggunakan strategi ini. Namun, untuk membuat keuntungan dengan konsisten, adalah lebih efisen untuk dagangkan pasangan matawang atau item-item lain yang menunjukkan pola pergerakan harga yang lebih teratur. Kami mencadangkan EURUSD, GBPUSD, GBPCHF, dan USDJPY untuk strategi ini.
Ingat peraturan trading mengikut trend: beli di pasaran yang menaik, jual di pasaran yang merosot. Jadi, perkara pertama yang perlu anda cerna ialah sama ada pasaran naik atau turun. Untuk melakukannya, plotkan Purata Bergerak 365 tempoh dan 150 tempoh pada carta.
Jika anda melihat harga berada di atas MA 365 dan 150 (atau MA-150 melintasi MA-365 dari bawah ke atas), itu adalah trend yang menaik. Oleh itu, anda akan membeli. Sebaliknya, jika harga bergerak di bawah kedua-dua MA jangka panjang (atau MA-150 melintasi MA-365 dari atas ke bawah), itu adalah trend yang sedang merosot. Dalam situasi ini, anda akan menjual.
Sekarang, cari titik masuk. Untuk melakukannya, plotkan MA 26-tempoh dan 6-tempoh pada carta.
Dalam uptrend, iaitu trend yang sedang menaik, tunggu sehingga harga (atau MA-6) melintas ke sebelah bawah MA-26 – yang akan menjadi signal anda untuk pembukaan posisi long.
Dalam situasi downtrend, iaitu trend yang menurun, bila anda lihat harga (atau MA 6) menyilangi MA 26 dari atas ke bawah – anda jual.
Kami mengesyorkan agar anda menetapkan renti rugi anda di atas MA-365 untuk urusniaga jual, dan di bawah MA-365 untuk urusniaga beli.
Ada maklumat yang tersebar di pelbagai media, yang mengatakan bahawa strategi ini membolehkan sekumpulan trader meraih keuntungan yang signifikan menerusi 80 urusniaga berturut-turut. Walaupun itu mungkin benar (kita tidak boleh nafikan kemungkinan penggunaan strategi yang efektif) kami syorkan agar anda tidak obses dengan mana-mana satu strategi untuk melihat jika anda benar-benar boleh mendapat 80, atau 100, atau berapa jua bilangan urusniaga yang berjaya berdasarkan strategi ini.
Pengurusan risiko yang cermat dan jangkaan yang munasabah adalah amalan yang terbaik apabila anda trade sehari-hari. Lihat sama ada strategi ini sesuai untuk anda, dan luangkan sedikit masa untuk mencuba keberkesanannya. Jika berjaya, syabas; teruskan dengan berhati-hati. Jika tidak, teruskan belajar dan cuba gunakan pelbagai strategi lain.
Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.